Jacko Dikebumi Secara Islam

jacko dikebumikan secara islam


LOS ANGELES - Raja Pop, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu dilaporkan akan dikebumikan mengikut ajaran islam, lapor sebuah laman web semalam.

Menurut laman web Kahbrein. Info, keluarga Michael yang mesra dengan panggilan Jacko itu sudah memutuskan bahawa dia akan dikebumikan menurut agama Islam termasuk mengadakan solat jenazah.

Solat jenazah itu akan diketuai oleh seorang imam dan sejumlah pengikutnya.Penyanyi itu yang meninggal dunia selepas degupan jantungnya berhenti berfungsi meninggal dunia di rumah yang disewanya di sini.

Raja Pop yang popular dengan lagu seperti Beat It itu dilaporkan memeluk agama Islam pada November tahun lalu selepas dia diyakini bahawa agama tersebut mampu memberinya ketenangan.

Sebelum dia menganut agama Islam, dia pernah menyumbangkan sejumlah wang untuk pembinaan sebuah masjid di sebuah negara Teluk."Pihak keluarga menimbangkan untuk melakukan pengebumian mengikut ajaran Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut ajaran agama barunya," lapor laman web aceshowbiz.com yang memetik satu sumber.

Menurut sumber itu, abang Jacko, Jermaine turut memberitahu keluarganya supaya pengebumian mengikut agama Islam diadakan untuk adiknya


JENAZAH Jacko akan ditempatkan di Pusat Staples, Los Angeles sebelum dikebumikan

Sementara itu, beberapa pegawai di bandar raya ini cuba untuk memikirkan bagaimana untuk menganjurkan majlis memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Michael di Pusat Staples kerana ia cuma boleh memuatkan lebih 20,000 orang.

Majlis penghormatan terakhir itu akan diadakan pada pukul 10 pagi waktu tempatan pada Selasa ini.Majlis itu dijangka dihadiri oleh sejuta peminat penyanyi tersebut yang cukup popular pada tahun 1980-an.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dilaporkan akan diundang untuk menghadiri majlis itu.Pada malam kelmarin Obama buat pertama kalinya memberi reaksi berhubung kematian Jacko iaitu: "Saya masih menyimpan lagunya di dalam iPod saya. Saya membesar bersama muziknya."Selepas majlis di Pusat Staples, jenazah Jacko akan dikebumikan di pusat perkuburan Forest Lawn di Hollywood yang akan dihadiri keluarga dan rakan terdekat.



Artikel dan gambar ini aku dapat dari TMZ

Keranda yang berharga $25,000 itu di saluti emas 14 karat.Keranda tersebut telah ditempah semalam dari Batesville Casket Company

Keranda yang sama telah digunakan oleh James Brown