Kaki Penuh Kesan Suntikan

kaki penuh kesan suntikan

LOS ANGELES: Gambar-gambar diperoleh ABC News mendedahkan ketagihan Raja Pop, Michael Jackson terhadap ubat tahan takit.

Gambar diambil tujuh tahun lalu itu menunjukkan kesan suntikan dan tompokan merah, mungkin akibat darah beku atau cecair yang berkumpul di bahagian itu.

Jurucakap Akademi Dermatologi Amerika Syarikat (AS), Dr Debra Jaliman berkata: “Ia seperti kesan puluhan suntikan tapi agak pelik suntikan diberikan di kaki. Mungkin tiada lagi urat di bahagian atas tubuh yang boleh disuntik lagi.”

Jaliman turut menyatakan, tompokan itu mungkin akibat Nekrosis yang berlaku akibat aliran cecair ke bahagian bawah kaki Michael.