Bosan


holaaaa2!!!!

hye semua..wah da lme aku xmenaip nie...hahah aku rse korg da naik bosn dgn crite2 michael jackson yg aku update kt sni...ape2 crite terbaru psl jacko aku akn update kt sni..jgn mara ye...

ok2 anyway aku bru tkr background blog nie...habis semua hilang semua komen2 yg org bgi.....pnt woooo knt buat blk...nsb baik da siap..

hurm untuk bulan nie byk perkare2 yg sdih berlaku kt aku...tp aku xleh wat ape2..juz berdiam..mslh ngan kwn2,mslah pribadi,hish mcm2 la mslh yg tmbul...tp aku just cool je....aku xphm la knp semua org kdng2 ikhlas xikhlas mmber ngan aku..aku rse mcm terpinggir sgt...mcm xde org kt sekeliling aku...bile time susah bru diorg dtg nk cri aku...ble time sng????hurm tah mne smua hilang..ni la lumrah dunia...aku sunyi sgt woiii!!!!

aku xtw knp skunk nie aku rse mcm aku keseorngan...kdng2 aku on9 pon xde pon yg nk lyn aku...huhu...just on9 buang karen je...

aku nk je jd mcm kt dlm gmbr tu..duk sorg2,tepi pntai,tengkn pale hotak,...tmpt yg bole relexkn minda aku nie yg tgh serabot mcm semak samun nie..

ehem2 xslalu aku sedih 4 this month...aku ade juga rse rndu kt someone...die mnusia biase je bg aku tp aku xtw knp die bole wt aku rndu kt die..ade pkai jampi2 kot..stiap ari aku kne berhdapan ngan die..hari2 aku kne saiko ngan ckgu..ckgu slalu saiko aku ngan die..kdng2 bengang aku kt dlm klass..wlau ape pon terjdi aku xkn msok dunia kapel2 nie lagi...mlainkn da mmg masenye..

anyway pnt jugak nk wt blog nie wlaupon simple...k la aku pon da xtw nk naip ape lagi..so welcome kpd siape2 yg dtg kt blog aku nie...n jgn lpe rngan jari korg komen2 blog nie k...kt bwh tu aku da sdiakn ruangn untuk korg komen2 blog aku nie...or nk komen aku pon bole...huhuhu..k la smpai sni warkah aku untuk korg...nnti klu aku free aku naip lagi...bye semuaaa


Michael Jackson Dikebumikan Tanpa Otak


michael jackson dikebumikan tanpa otak

LOS ANGELES: Michael Jackson dilapor akan dikebumikan tanpa otaknya.
Menurut laporan, berikutan bedah siasat di Pejabat Koroner Los Angeles sehari selepas kematian ikon pop itu, otak penyanyi itu akan disimpan untuk ujian nueurologi, termasuk bagi memenyiasat jenis ubat yang diambilnya sebelum mati.


Daripada menangguhkan pengebumiannya, keluarga Michael memutuskan untuk mengebumikannya tanpa otak itu.

Penyanyi itu yang meninggal dunia 25 Jun lalu dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Taman Peringatan Forest Lawns esok selepas permohonan untuk mengebumikannya di Neverland ditolak.

Ujian neuro yang tidak boleh dilakukan sehingga otak itu cukup keras dijangka boleh menunjukkan penyalahgunaan dadah atau alkohol masa lalu.

Menurut sumber di pejabat koroner, satu-satunya cara untuk menjalankan ujian itu ialah dengan mengeluarkan otak berkenaan.

“Tisu itu perlu diuji. Saya tidak boleh memberitahu anda berapa lama masa yang akan diambil,” kata sumber itu.

Ujian itu juga boleh memainkan peranan penting dalam siasatan polis berkait dengan jenayah terhadap kematian Michael.

Dalam pada itu, enam doktornya kini disiasat oleh Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) sementara Peguam Negeri, Jerry Brown mengarahkan siasatan terhadap pil yang diberikan kepada Michael dan orang yang bertanggungjawab meluluskannya.

“Jika ada penyalahgunaaan, pendakwaan akan menyusuli,” kata jurucakap Brown.
Upacara penghormatan terakhir untuk penyanyi itu akan diadakan di Pusat Staples.
Penyanyi, Stevie Wonder akan membuat persembahan pada majlis itu.

Jacko Dikebumi Secara Islam

jacko dikebumikan secara islam


LOS ANGELES - Raja Pop, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu dilaporkan akan dikebumikan mengikut ajaran islam, lapor sebuah laman web semalam.

Menurut laman web Kahbrein. Info, keluarga Michael yang mesra dengan panggilan Jacko itu sudah memutuskan bahawa dia akan dikebumikan menurut agama Islam termasuk mengadakan solat jenazah.

Solat jenazah itu akan diketuai oleh seorang imam dan sejumlah pengikutnya.Penyanyi itu yang meninggal dunia selepas degupan jantungnya berhenti berfungsi meninggal dunia di rumah yang disewanya di sini.

Raja Pop yang popular dengan lagu seperti Beat It itu dilaporkan memeluk agama Islam pada November tahun lalu selepas dia diyakini bahawa agama tersebut mampu memberinya ketenangan.

Sebelum dia menganut agama Islam, dia pernah menyumbangkan sejumlah wang untuk pembinaan sebuah masjid di sebuah negara Teluk."Pihak keluarga menimbangkan untuk melakukan pengebumian mengikut ajaran Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut ajaran agama barunya," lapor laman web aceshowbiz.com yang memetik satu sumber.

Menurut sumber itu, abang Jacko, Jermaine turut memberitahu keluarganya supaya pengebumian mengikut agama Islam diadakan untuk adiknya


JENAZAH Jacko akan ditempatkan di Pusat Staples, Los Angeles sebelum dikebumikan

Sementara itu, beberapa pegawai di bandar raya ini cuba untuk memikirkan bagaimana untuk menganjurkan majlis memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Michael di Pusat Staples kerana ia cuma boleh memuatkan lebih 20,000 orang.

Majlis penghormatan terakhir itu akan diadakan pada pukul 10 pagi waktu tempatan pada Selasa ini.Majlis itu dijangka dihadiri oleh sejuta peminat penyanyi tersebut yang cukup popular pada tahun 1980-an.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dilaporkan akan diundang untuk menghadiri majlis itu.Pada malam kelmarin Obama buat pertama kalinya memberi reaksi berhubung kematian Jacko iaitu: "Saya masih menyimpan lagunya di dalam iPod saya. Saya membesar bersama muziknya."Selepas majlis di Pusat Staples, jenazah Jacko akan dikebumikan di pusat perkuburan Forest Lawn di Hollywood yang akan dihadiri keluarga dan rakan terdekat.



Artikel dan gambar ini aku dapat dari TMZ

Keranda yang berharga $25,000 itu di saluti emas 14 karat.Keranda tersebut telah ditempah semalam dari Batesville Casket Company

Keranda yang sama telah digunakan oleh James Brown

Hasil Bedah Siasat MJ Mengejutkan


Hasil Bedah Siasat MJ Mengejutkan
LOS ANGELES, 30 JUN 2008: Akhirnya, keputusan bedah siasat Raja Pop Dunia, Micheal Jackson (MJ) telah terbocor kepada pihak media di Barat dan ia menunjukkan hasil yang mengejutkan.
Antaranya, rambut MJ dikatakan hampir botak dan dia terpaksa memakai rambut palsu. Tubuhnya terlalu kurus dan perutnya hanya dipenuhi dengan pelbagai jenis pil yang sudah larut. Berat tubuhnya hanya 51.8 kilogram dan ia berada di bawah berat badan ideal bagi lelaki setinggi 180 sentimeter.
Selain itu, peha, pinggul dan bahu MJ dilaporkan dipenuhi banyak kesan jarum dipercayai akibat daripada suntikan ubat penahan sakit."Rambut beliau banyak yang sudah gugur dan badannya terlalu kurus.
Sebelum mati, MJ tidak menjamah makanan langsung dan hanya makan pil saja," memetik kata sumber
Difahamkan, ada 4 suntikan yang masih baru di sekitar jantungnya. Ia kemungkinan disebabkan doktor mahu mengepam adrenalin ke dalam jantungnya untuk menyelamatkan nyawa manakala 3 suntikan itu telah merosakkan dinding jantungnya.
Beberapa tulang rusuk MJ patah ketika usaha menyelamatkannya dan ada kesam lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering
Kesan parut turut dikesan di bahagian telinga kirinya yang dipercayai kesan daripada kemalangan sewaktu dia membuat penggambaran iklan Pepsi pada 1984. Waktu itu rambut MJ pernah terbakar.
Terdapat 13 parut dikesan daripada pembedahan kosmetik. Namun pembedahan rawatan kanser kulit di dada MJ berjaya dan lukanya bebas jangkitan kuman.
Keluarga MJ dikatakan tidak berpuas hati dan meminta agar bedah siasat kedua dilakukan kerana bedah siasat pertama tidak menunjukkan tanda-tanda MJ meninggal dunia kerana perbuatan khianat